Ahad, 2 November 2014

Lawatan Penandaarasan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S ke MPC

Satu sesi lawatan penandaarasan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S ke MPC cawangan Kelantan. Lawatan tersebut telah disertai oleh 10 orang staf Perpustakaan Hamdan Tahir. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk berkongsi pandangan dengan pihak MPC bagi penambahbaikan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S.




Taklimat Audit Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S Zon Hamdan Tahir

Satu taklimat telah diadakan bagi persediaan menghadapi  Audit Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S yang dijadualkan akan berlangsung pada 03 November 2014 hingga 04 November 2014.